Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencoba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju.
Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.
Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.
Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.
Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.
Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_jauh
Other INFO:
kalau kat malaysia ni formatnya camni.. setiap peserta diberi 3 kali lompatan percubaan. kemudian, beberapa peserta terbaik akan diberi 3 kali lagi percubaan untuk menentukan juara. yang menariknya, hanya lompatan terjauh sahaja diambil untuk menentukan pemenang means kalau seseorang itu hanya ada satu lompatan sahaja tetapi lompatan itu sah dan paling jauh, dia dikira pemenang. xkira lompatan itu lompatan ke berapa. sebab dia akan nilai dari semua cubaan tu dan hanya yang terjauh diguna pakai.
INFO lagi:
Juara Dunia acara pecut nak masuk lompat jauh.. xmustahil since carl lewis yang pernah memegang rekod dunia acara pecut 100 m juga pernah memegang rekod dunia acara lompat jauh.
sedikit berita:
Bolt buat lompat jauh lima tahun akan datang
KINGSTON, Jamaica, Selasa (Reuters) - Juara tiga kali Olimpik dan juara dunia, Usain Bolt semalam berkata beliau mungkin akan mencuba sukan lompat jauh namun ia bukanlah dalam masa yang terdekat.
"Saya memang berkata saya mahu melakukan lompat jauh tetapi ia bukan dalam masa terdekat," Bolt memberitahu sidang akhbar di Kingston selepas kembali dari final Atletik Dunia di Yunani.
"Saya mahu mencuba lompat jauh sebelum saya bersara, mungkin lima tahun dari sekarang. Bagi larian 400 meter pula, itu tidak lagi," tambah Bolt sambil ketawa.
Pemain 23 tahun itu masih belum membuat keputusan sama ada akan bersaing ataupun tidak pada kejohanan dalam dunia dan Sukan Komanwel.
"Saya belum pernah bersaing dalam perlawanan dalam sebelumnya mahupun Sukan Komanwel, maka saya akan melihat apa rancangan jurulatih ke atas saya dan kemudian barulah saya akan memutuskannya," ujar Bolt.
BERITA TEMPATAN:
SEDIKIT berita:
Bekas Jaguh Lompat Jauh Kamaruddin Maidin Meninggal Dunia
KUALA TERENGGANU, 19 April (Bernama) -- Bekas atlet lompat jauh negara, Kamaruddin Maidin, 66, yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagi penyakit paru-paru kronik sejak sembilan hari lalu, meninggal dunia hari ini.
Anaknya Kamarezuan, 37, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 tengah hari dengan semua anggota keluarga berada di sisinya.
"Keluarga kami akan membawa balik jenazah untuk diuruskan di rumah kami di Permint Jaya, Chendering dan jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di sini selepas waktu asar hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Kamaruddin merupakan anak Terengganu pertama mewakili negara ke sukan Olimpik Rome 1960 bersama-sama Dr M. Jegathesan dan Dr. Shaharudin Ali dalam sukan olahraga.
Di zaman kegemilangannya pada tahun 1960-an, Kamaruddin merupakan atlet pertama negara yang memenangi lima pingat emas dalam lima Sukan SEA berturut-turut bermula 1959 dalam acara lompat jauh dan dua pingat emas dalam acara lompat kijang.
Kisah penderitaan allahyarham yang pernah mendapat rawatan untuk penyakit yang sama di Hospital Puteri, Kuala Lumpur pada tahun 2003 turut disiarkan media hari ini.
Sebelum dimasukkan ke HSNZ pada 10 April lalu, allahyarham juga pernah dirawat di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) sebanyak dua kali awal tahun ini.
Semalam, Mumtaz Jaafar, selaku Pengerusi Yayasan Kebangsaan Atlet Negara dan Presiden Persatuan Olahraga Terengganu (POAT) Datuk Wan Hisham Salleh turut meluangkan masa menziarahi Kamaruddin di HSNZ.
Allahyarham meninggalkan isteri Rajemah Sheikh Ahmad, 65, juga bekas atlet dan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1966 dan enam orang anak lelaki, kesemuanya merupakan bekas atlet olahraga.
-- BERNAMA
sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=405240

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^