JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Anuar Zain : Penyanyi memiliki bakat mempersonakan

Hai semua. hari ini saya nak cerita sikit mengenai seorang penyanyi lelaki yang benar-benar mencuri hati saya. Bukan pe.. dia mencuri hati dengan koleksi lagu-lagunya dengan Vokal memukau. tidak hairanlah mengapa ramai peminat wanita tergila-gilakannya Anuar zain. dahulunya namanya kurang menyerlah. mungkin saya tak begitu peduli akan kehadirannya dalam industri seni kerana asalnya saya beranggapan dia hanya menumpang populariti kakaknya, Ziana zain. Numun begitu, fikiran saya silap. Anuar zain punya bakat tersendiri yang sehebat kakaknya. Pesonanya memang terasa tatkala dia muncul sahaja dipentas.

Ketika mengalunkan Vokalnya.. Saya memang terpesona. Pertama kali menonton persembahan Live Anuar zain ketika itu di konsert jom Heboh Danga Bay Johor Bahru. Ketika itu Anuar zain menyanyikan empat buah lagu berhantunya semuanya dari Album terbarunya. memang mantap. suaranya memang mempersonakan. Sejak itu saya mula meminatinya dengan sebenarnya.

Tidak hairanlah ketika berkaroke sy tidak akan melepaskan peluang menyanyikan koleksi lagu-lagunya yang indah. paling saya minati ialah Tinggalkan aku, hanya milikmu, lelaki ini dan tak lelah. namun lagu-lagu lain juga hebat dan sedap didengar. mungkin lagu keabadian Cinta lebih anda kenali kerana lagu ini sangat-sangat popular satu masa dahulu.

Anuar zain memang permata seni suara yang sukar untuk digugat dengan persona dan suaranya yang tersendiri. boleh dikatakan dia ini "Datuk Siti Nurhaliza" versi lelaki.. hehe

Ok.. kalau nak dengar lagu-lagu anuar zain dapatkan koleksi lagunya yang original K.. hehee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^