JOHOR BAHARU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencipta sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang mampu menghasilkan imej yang jelas dan tepat walaupun beroperasi dalam keadaan gelap.
Sistem yang dicipta oleh kumpulan penyelidikan fotogrametri dan pengimbasan laser yang diketuai oleh Prof Dr Zulkepli Majid dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi mampu menjadi sistem pengawasan jenayah yang terbaik.
Hasil idea seorang penyelidik dalam kumpulan 16 orang itu, Mohd Farid Mohd Ariff, 30, adalah gabungan teknologi pengimejan moden dan bidang geomatik.
"Sistem ini melibatkan tiga komponen utama iaitu komponen kutipandatasecara offline dan online, komponen kalibrasi ruang dan komponenpemprosesan data," katanya kepada pemberita di universiti itu di Skudaihari ini.
Zulkepli berkata kamera yang digunakan menggabungkan tiga teknologi pengimejan digital iaitu kamera video resolusi tinggi, penapis inframerah dan peranti tiga dimensi yang mampu merakam imej 3D dalam keadaan terang atau gelap.
Komponen kalibrasi ruang pula merupakan peranti kalibrasi 3D yang digunakan untuk mengkalibrasi ruang yang akan direkod oleh kamera litar tertutup. Komponen pemprosesan data membuat pengenal pastian imej dengan kaedah fotogrametri yang dapat memberikan ukuran yang tepat dan cepat subjek dari sudut fizikal seperti ketinggian, keadaan dan bentuk wajah.
Zulkepli berkata kajian bagi sistem itu mengambil masa dua tahun dan telah diuji keberkesanannya dalam setiap sudut. Kos pasaran sistem CCTV itu adalah RM60,000, dan walaupun lebih mahal berbanding kamera CCTV biasa, keupayaannya untuk memberikan imej dengan cepat dan tepat adalah lebih penting, katanya.
"Kita sekarang cuba untuk mengkomersialkan sistem CCTV ini," katanya. - BERNAMA
>> Tahniah! UTM maju lagi setapak kehadapan~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^