Hai kawan-kawan. Tadi baru je wat topik pasal lagu kesetiaan sekarang nak membuat ulasan pasal lagu sarah Raissuddin daripada album ketiganya yang bertajuk Cuma permainanmu. Lagu ini salah satu lagu terbaik daripada Sarah. Lagu ini dicipta oleh komposer dan juga penyanyi terkenal Hazami. selain lagu Cuma permainanmu, Hazami juga turut menyumbang untuk Sarah sebuah lagi lagu berjudul "Tiada Dikau Tiada Makna" yang tidak kurang hebatnya.
Berbalik kepada lagu cuma permainanmu, lagu ini cukup hebat! Lagu ini telah menonjolkan keupayaan Vokal sarah raissuddin dari nota rendah ke nota tinggi. Range nada lagu ini cukup besar. Tidak ramai yang mampu membawakan lagu ini rasanya. Sarah telah menunjukkan dia mampu hit nota yang sangat rendah dengan cantik.. sekitar nota A2. Jarang sekali artis wanita boleh mencapai nota vokal serendah ini. Kemudian, sarah menunjukkan keupayaannya melontarkan nada sangat tinggi selama beberapa saat pada bait-bait terakhir lagu dengan cukup cemerlang. Dia sustain Nota setinggi E5 selama beberapa saat kemudian Slip ke Nota G5! dengan ini sarah boleh dianggap seorang "Belter"
Kepada yang belum mendengarkan lagu ini, silalah dengar dan anda pasti akan menikmati satu alunan Vokal yang hebat! Sekian sahaja untuk kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^