JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Bersahabat tanpa sebab.. Adakah hati saya persis wanita?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!


Terjumpa di facebook kawan.. menarik.. ehehe.. sama2 kita baca~

I love you I love you I love you I love you I love you I love you I love you I love you

Assalamualaikum ..

Sy seorang lelaki. Sy jelas dan sedar sy ini seorang lelaki. Namun apabila berbicara mengenai hati dan sahabat, hati mula terdetik sayu. Bukan sedih, namun titisan air mata yg tidak diketahui punca penyebabnya. Tiap kali jika teringat akan sahabat sy, sy akan menangis. Betapa rasa bahagia jika dia berada di sisi sy, menemani sy tanpa kira masa. Biarpun dia tidak berkata-kata, namun tetap hati ini puas melihat sahabat di hadapan mata.

Adakah hati saya persis wanita?

Pernah sy dikatakan mempunyai hati seperti wanita kerana sering memikirkan sahabat sy. Ke mana dia pergi? Adakah di selamat? Mengapa dia tidak datang ke kuliah? Mengapa dia keluar makan seorang shj? Mengapa tidak ajak sy bersama nya? Terlalu banyak persoalan yg sering dimain kan oleh hati...

Adakah hati saya persis wanita?

Kerap kali sy merasakan sy hidup keseorangan. Sy tidak mempuyai hubungan rapat dgn keluarga dan saudara mara. Sy tidak berkongsi masalah dgn keluarga, tp sy sayang dan cintai keluarga sy. Bg keluarga, sy hidup dlm gembira kerana kelihatan tiada masalah. Sy selesa berkongsi masalah dgn sahabat. Namun, kadang kala, terasa diri ini seperti disisihkan oleh dia. Terasa sesuatu lain di hati bila melihat sahabat sy bersama org lain.

Adakah hati saya persis wanita?

Dia seorang yg aktif bersukan. Sy tidak. Dia seorang yg peramah. Sy rasa sy peramah, tp tidak seperti nya. Dia mempunyai aura yg mana semua org terasa akan kehadiran nya. Sy tidak. Sy hanya tersenyum bila lihat dia tersenyum. Minat kami sungguh berbeza. Lantas hati tertanya. Mengapa dia bersahabat bersama sy?

Adakah hati saya persis wanita?


Dia menjadi seorang yg sgt disayangi bila bersama sy. Sekurang-kurang nya saya merasakan begitu. Pernah kah anda rasakan sahabat anda seorang yg benar2 menjadi org yg begitu sgt disayangi, mungkin lebih daripada seorang kekasih hati.

Adakah hati saya persis wanita?

Pernah suatu ketika, dia bersama teman-teman kami yg lain nya. Dia begitu bersemangat. Peribadi dan tingkah laku nya berubah. Hyperaktif! Teruja! Adakah mungkin sy terlalu lembab buat nya? Sy risau bahawa dia akan pergi tinggalkan sy kerana 'lembab' nya sy.

Adakah hati saya persis wanita?

Dia cuba membawa sy ke dalam dunia nya. Namun sy tidak minat brmain sukan. Saya cuba membawa dia ke dunia saya. Dia serba boleh! Kami berkongsi dunia, namun sy tidak adil, kerana sy tidak brkongsi dunia nya. Adakah sy seorang yg teruk dlm bersahabat? Terasa sedih dan sayu jika sy ditinggalkan nya kerna itu.

Adakah hati saya persis wanita?

Namun sy sedar, berbeza nya kami, kami tetap bersahabat. Dialah penawar bg duka dan luka hati sy. Moga Allah kekal kan hubungan kami ini. Moga dirahmati nya. Moga kami berdua tetap berada di dalam Iman. Amin...

Inilah yg dikatakan Bersahabat Tanpa Sebab.
Tidak perlu sebab utk bersahabat.

Sekian, wassalam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^