sekadar berkongsi:
------------
Soalan:
SAYA saya baru mendirikan rumah tangga hujung bulan lalu. Saya musykil bagaimana membezakan antara air mani dan air mazi bagi wanita.
Buat untuk pengetahuan Dr, sejak berkahwin saya selalu was-was berkenaan mandi wajib. Saya kerap ghairah apabila dibelai, dipeluk dan dicium suami hingga menyebabkan kebasahan walaupun tidak melakukan persetubuhan.
Menurut suami, dia pernah terbaca wanita hanya perlu mandi wajib jika melakukan persetubuhan saja. Adakah perlu mandi wajib jika terasa ghairah yang menyebabkan kebasahan? Saya mandi wajib dengan niat mandi hadas besar bukan niat mandi junub. Adakah ia sah?
MIN, Selangor
JAWAPAN
PUAN hendaklah mandi wajib kerana sudah berhadas besar, iaitu dengan sebab keluar air mani walaupun tidak bersetubuh.
Air mani akan keluar apabila sudah sampai kemuncak keghairahan seks (klimaks) seperti yang berlaku kepada puan apabila dibelai suami.
Pada peringkat permulaan, keluar air mazi apabila nafsu mula bangkit dan ia berupa cecair jernih. Selain itu air mani juga boleh keluar melalui mimpi bersetubuh atau sebagainya.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Ummu Sulaim, beliau datang kepada Nabi lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi jika bermimpi? Rasulullah bersabda: Ya, apabila ia melihat air (mani). Ummu Sulaim berkata lagi: Wahai Rasulullah, apakah wanita juga bermimpi? Baginda bersabda: Beruntunglah engkau. (Kalau tidak demikian) dari mana anaknya mirip dengannya? (Muslim).
Istilah mandi hadas besar dan mandi junub, kedua-dua adalah sama. Begitu juga dengan istilah mandi wajib. Ketiga-tiga boleh digunakan dalam lafaz niat mandi wajib.
Contohnya, 'Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala' atau 'Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.'

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^