JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

PEMENANG SEGMEN: "Mengapa Mr.PiNGu perlu beri saya RM 50"

Salam Sejahtera buat pembaca semua!

Mungkin ada diantara kalian yang menunggukan keputusan Segmet yang julung-julung kalinya diadakan di Blog Mr.PiNGu nih. bagi yang join la (Walaupun sambutan amat tidak menggalakkan.. sob sob). Segment yang dimaksudkan ialah "Mengapa Mr.PiNGU perlu beri saya RM 50). Kepada yang tak tahu menahu tentang segment ini boleh la baca balik kat sini +SEGMENT Mr.PiNGu beri RM50++

Wah! Ada Artis Follow my Blog ^_^

Salam Jumaat semua~

Seperti biasa, pada hari jumaat ini Mr.PiNGu bekerja seperti biasa. Pagi tadi memang terus sebab terjaga lambat dari tidur. dah la kene mengendalikan makmal pukul 8. Memang sampai lewat sedikit tadi (around 8.15 am). So, dengan kelaparannya terpaksa bersabar la. Pelajar pun blur-blur je masuk lab. Maklumlah mereka perlu buat eksperiment yang sebenarnya mereka belum belajar pun teorinya dalam kelas. So, kalau malas membaca memang "zero" la knowledge diorang.

Perkhidmatan Cyber Cafe: Mencuri data peribadi anda!

Salam..

Dapat daripada Facebook Rakan saya tadi. Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe... Ok, sebelum korang guna PC. 1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak.. Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

CUTE: Kuih Apam Angry Birds


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sari info dari iGLoO Mr.PiNGu

Kali ini nak bercerita tentang kuih apam. Actually kuih apam ni mudah untuk dibuat. Kita perlukan tepung, ibu roti, air, gula, sedikit garam dan pewarna lalu dicampurkan semua. Selepas campuran mengembang, kita boleh start mengukusnya. Masa di kampung dahulu suka buat kuih ini.

Lagu Baru Datuk Siti Nurhaliza - Stand Up

Hye semua!

Mr.PiNGu baru je lepas dinner kat luar tadi. Biasalah makan di luar sebab bosan la lepak kat rumah je. Orang bujang katakan. So, tadi singgahla satu restoran jawa kat Taman Impian Emas, JB. So, after makan-makan and borak-borak dengan kawan kiter pun drive la balik. Jarak antara rumah dengan restoran tu boleh tahan jauh. Ada dekat 10 km rasanya.

Perkhidmatan Bas Express

Salam..

Sekarang ini sudah banyak perkhidmatan bas express disediakan. So, nak ke utara, timur selatan, barat dah jadi senang. Tak payah bersusah-susah nak drive bagi yang malas. Selain itu lebih jimat (tak perlu minyak and tol). So, naiklah bas awam kerana anda dapat membantu kepada penurunan kesesakan lalulintas =)

Cara nak Hilangkan Update Facebook dilihat di sidebar Facebook

salam..

Facebook memang memang sudah menjadi satu laman sosial yang terpenting di dunia. Dan Facebook juga rajin untuk update segala aplikasi terbaru untuk lamannya. Akan tetapi, tidaklah semua update tersebut kita sukai.

Hukum Allah (Hudud) di Hina

Salam..

Mr.PiNgu nak bercakap sedikit mengenai hal ini. Di Malaysia, Politik memang menjadi isu hangat di dada-dada akbar dan media massa. Sampaikan naik menyampah nak melihatnya. Pihak ini kata pihak satu lagi buruk-buruk dan juga sama dilakukan oleh pihak satu lagi. So, memang tak ke sudah la benda ni. Masing-masing ada kepentingan tersendiri. Namun, ada perkara yang perlu diambil perhatian supaya tidak dipolitikkan semahu-mahunya.

Lagu Baru Anuar Zain - Nadi Terhenti (2011)

Salam..

Mr.PiNGu telah berjaya mendapatkan Album yang Original penyanyi kesayangan ramai ini. Anuar Zain telah muncul dengan album baru bertajuk "Anuar Zain" yang memuatkan 8 lagu. Lagu-lagu yang terkandung dalam album beliau memang best. Nadi terhenti, merupakan salah satu lagu kegemaran saya yang berada pada track kedua. Lagu ini mengisahkan persahabatan akrab dua orang insan pada satu masa dahulu sebelum mereka berpisah. Sang lelaki merasakan wanita ini mungkin diciptakan untuknya namun pada masa tersebut mungkin masing-masing malu untuk meluahkan perasaan hati masing-masing. Kemudian seorang wanita lain telah berjaya menambat hati lelaki ini dan mereka bercinta. Akhirnya, wanita pertama kembali untuk memiliki cinta sahabatnya itu malangnya semuanya sudah terlambat kerana sudah ada insan lain yang terlebih dahulu bertahta dihati. Hanya kenangan mereka sahaja dalam ingatan. Ni lirik lagu beliau

Karipap-karipap Cinta Abang Dini

Salam..

Apa khabar semua? Hari ini Mr.PiNGu meneruskan rutin sebagai seorang pegawai kerajaan. Letihnya.. Banyak kerja pula lately. Peningla nak wat. Stress gak sebab macam-macam berlaku harini. Malas nak cerita sekarang. Kalau ada mood karang story lain.

Selamat Suday Memey bersuamikan Norman Hakim

Salam..

Pagi ni belek punya belek surat khabar ternampaklah gambar memey menangis kononnya. Maka semalam selamatlah Memey menjadi isteri kepada Norman Hakim. Kepada yang belum tahu, majlis perkahwinan Memey dan Norman hakim akan menjadi Majlis perkahwinan paling bersejarah kerana mencatatkan rekod sebagai majlis perkahwinan paling mahal dalam sejarah. Baju memey sahaja dikatakan sudah berharga 7 Juta! lebih mahal daripada Kos Majlis perkahwinan keseluruhannya.

Ketuk-Ketuk Bersama Abg Dini 2011

Assalamualaikum..

Hai semua apa khabar? Mr.PiNgu actually lom tido lagi. Sekarang ngah lepak kat umah member yang bernama Abg Dini. Esok dia anjurkan Open House so kitorang datang membantu apa yang patut. baru pas kupas bawang. pedih-pedih mata nih.

Pesta Konvokesyen UTM 2011 ada Heliza AF!

Salam..

Hye apa khabar semua? Hari ni nak cerita sedikit mengenai Pesta Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia tahun 2011. Ia telah dirasmikan semalam, 21 hb september dan akan berakhir pada 28 September. Biasanya, Pesta Konvo akan dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Sultanah Johor. Semalam saya tak pergi so saya tak tahu sapa yang merasmikan.

Album Anuar Zain 2011 mengandungi 8 lagu




Akhirnya saya jumpa juga maklumat tentang album terbaru Anuar Zain. Sangat teruja! Jeles sangat sebab ada antara rakan-rakan saya telah mendapatkan album ni. So far, saya masih belum nampak album terbaru Anuar Zain 2011 ini di peti rak kedai cakera padat di tempat saya. Hope adalah nanti =)


Anuar zain masih menggunakan namanya sebagai judul Album terbarunya. Album terbaru beliau telah selamat dilancarkan pada 20 September 2011. Terdapat 8 Track kesemuanya. Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ialah:

1) Ku Berjanji Kerna Cinta
2) Nadi Terhenti
3) Ajari Aku
4) Pernahkah
5) Simpati Cintamu
6) Sempurnakan Aku
7) Terindah
8) Cinta Harus Memiliki

Dikhabarkan bahawa beliau telah bekerjasama dengan 6 orang komposer Indonesia untuk menjayakan album terbaru beliau ini. Masih lagi mengekalkan konsep seperti album terdahulu yang mana beliau lebih menggunakan khidmat komposer Indonesia. Mungkin kerana beliau mahukan kelainan dalam albumnya.

Melihat kepada senarai lagu tersebut, saya rasa hairan kerana single beliau yang sangat hebat dan popular, iaitu sedetik lebih tidak terkandung di dalam album terbaru beliau ini. Mungkin ada antara peminatnya yang kecewa. Tetapi tidak mengapa kerana saya yakin ramai peminat anuar zain sudahpun memiliki single tersebut. Jangan kata tak muat turun kan? hehe. saya yakin Album terbaru Anuar Zain ini akan memberikan titik kepuasan tersendiri. maklumlah suara penyanyinya hebat. Memang berbaloi untuk dimiliki.

Baiklah sekian sahaja. Jom la beli album original daripada beliau~

Kemalangan Mustahil Dielakkan?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO

Setuju tak kalau saya cakap bahawa kemalangan itu memang tidak boleh dielakkan. Kalau hari ini anda berjaya mengelak kemalangan namun akan datang belum tentu kan? Inilah yang dialami oleh kebanyakkan orang sama ada kemalangan di tempat kerja, kemalangan jalanraya dan sebagainya.

Anak Lelaki Mati Kerana ibu bapanya melarang minum air 5 Hari

Salam..

Saya sangat sedih jika membaca apa jua bentuk berita yang berbentuk penyiksaan. Sebagai seorang manusia yang penyayang dan sangat mudah mengasihan, saya cukup terkilan. Hari ini saya telah terbaca tentang kekejaman pasangan suami isteri yang menghukum anak mereka untuk tidak minum selama 5 hari gara-gara masih terkencing dalam seluar.

Album Terbaru Anuar Zain 2011


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sari info dari iGLoO Mr.PiNGu

Setelah muncul dengan beberapa single yang berhantu, akhirnya Anuar Zain keluar dengan Album baru. Excited ni nak dengar! Sebelum ni, Anuar Zain telah keluar dengan Single Pertamanya, "Ku berjanji Kerna Cinta". Memang best giler. Then Single kedua lebih mantap dengan "Sedetik Lebih" yang merupakan Tema Filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Problem Based Learning (PBL)

Salam semua..

Hari ini Mr.PiNGu nak menerangkan tentang satu kaedah pembelajaran yang dipanggil sebagai Problem Based Learning atau PBL. Basically, kaedah belajar ini telah mula diterapkan dalam beberapa subjek Universiti contohnya di UTM terutamanya untuk subjek makmal.

Tuhan Lebih Menyayangimu.. Ida..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!

Kali ni nak menyentuh sedikit cerita tentang seorang rakan Mr.PiNGu yang sudah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Semacam tidak percaya dia pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Beliau merupakan seorang rakan sekursus semasa kami masih belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Namun, Tuhan lebih menyayanginya..

Facebook Application: Online Game - Burn Buddy

Salam..

dah petang-petang ni Mr.PiNgu masih tak balik ofis. Ada sikit kertas kerja nak diprint. Sementara nak print kertas kerja tu sempatlah nak berfacebook dan main online game. Hehe so kali ni nak bercerita tentang satu online game untuk facebook application yang cukup popular iaitu burn buddy.

Masuk Semester Baru Pengajian UTM

Salam..

Alhamdulillah.. Setelah lama bercuti, masuk jua semester baru untuk para pelajar di kebanyakkan IPT tempatan. Minggu ini masuk minggu kedua pengajian dan merupakan minggu pertama Mr.PiNGu bertugas setelah outstation seminggu di Kuala Lumpur. So far so good.

Niat Baik Tetapi Disalahertikan

Salam..

Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas bumi-Nya ini. Pada kali ini Mr.PiNGu ingin menyatakan sedikit rasa terkilan akan sikap sebilangan manusia yang suka bersangka buruk terhadap orang lain. kadangkala kita berniat baik dalam sesuatu perkara namun telah disalah anggap oleh sesetengah pihak dan menyatakan kita ni teruk.

Meriahnya Sambutan Hari Malaysia 16 September 2011

Salam..

Actually Mr.PiNGu outstation ke Kuala Lumpur kerana menyertai persidangan dan juga pameran PECIPTA 2011. Bagi mereka yang belum tahu, PECIPTA merupakan satu persidangan yang disertai oleh Universiti, Kolej & sekolah terpilih di Seluruh Malaysia bagi mempamerkan produk-produk teknologi yang boleh dikormersialkan. Mr.PiNGu dan group telah menghantar 4 produk dibawah label telekomunikasi dan kami membawa kejayan besar buat kontigen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan membawa pulang 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Al-Fatihah Buat Serap Daniel

Salam..

Baru je tadi dapat tahu seorang forumer forum yang sering Mr.PiNGu lepak telah kembali ke Rahmatullah beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Terkejut juga sebab beliau merupakan seorang forumer yang aktif dan rajin memberi posting. Saya banyak membaca posting daripada beliau. Beliau seorang yang ramah. Banyak rakan-rakannya mengucapkan takziah. Sayu je saya melihatnya.

Menara Kuala Lumpur di Waktu Malam

Salam..

This week Mr.PiNGu outstation seminggu ke Kuala Lumpur kerana menyertai pameran PECIPTA 2011 bertempat di convention centre KLCC. Kalau sapa-sapa ada kelapangan meh la datang ramai2 tengok projek-projek yang dipamerkan. Ok kali ni tak mahu cerita dulu pasal pameran yang berlangsung selama 3 hari bermula hari ini 13-9-2011 sampailah 15-9-2011, tapi nak cerita pasal menara KL.

Paparan nombor menarik di Blog Mr.PiNGu @komuniti gempakZ

Salam semua~

Hehe.. macam biasa kalu takde keje nak merepek sikit di Blog saya nih. Dalam beberapa minggu saya cuba untuk print screen nombor-nombor cantik yang dipaparkan di blog saya. Berjaya juga atas kesabaran dan kegigihan (hahaa takde keje kan?).. Jom layanss..

Kelas Sivik - Negara Demokrasi Malaysia - USA

Kelas Sivik 
Tajuk Negara Demokrasi:

CikGu: Apakah yang membezakan di antara demokrasi Malaysia dan Amerika Syarikat?
Anak Murid 1: cuaca
Anak Murid 2: bahasa
Anak Murid 3: idong orang kat US tinggi
Anak Murid 4: kat US takde cekodok
Anak Murid 5: Malaysia amalkan budaya Timur
Anak Murid 6: Malaysia ada Demontrasi BERSIH.. US xde bersih-bersih nie. Malaysia lagi bersih!
Anak Murid 7: Demokasi Malaysia telanjang senyap-senyap, kat US terang-terang telanjang.. =p

Alahai anak-anak murid nie >.<

Pukul Isteri Kerana Tidak Tahan Menunggu Isteri Bershopping 3 Jam!

Salam..

Den terbaca berita hari ini. Dek kerana tak tahan menunggu isteri bershopping, dipukulnya isteri tersebut depan orang ramai. Tak faham den dia ni xde perasaan malu ke? Kalau nak marah pun slow-slow la ni balun terus. Pompuan pun satu hal. Kalu shopping jangan la lama-lama. Kalu nak shopping lama-lama warning kat suami. Ataupun pegi sendiri jangan bagi suami ikut.Aku ni dah biasa melayan kerenah pompuan bershopping lama-lama. Memang kalu nak ikutkan tension gak tapi aku masih boleh bersabar dari hilang pertimbangan camni. Yela kalau ye pun marah slow2 cukup la ni nak balun-balun. Memalukan kaum lelaki je. Ok berita penuh baca kat bawah yer~

iphone 5 - Teknologi yang mengagumkan

Salam..

Korang ada dengar pasal iphone 5? Sebenarnya, Mr.PiNGu memakai handphone 3 Gs. So far Ok la. Bila keluar sahaja iphone 4 G, rasa menyesal lak beli iphone 3 Gs sebab iphone 4 lebih baik dari segi grafik dan juga boleh buat video call. Akan tetapi, iPhone 5 G, melalui review di youtube memang sangat mengagumkan! I watch it and speechless! tak percaya korang tengok video di bawah:

Tetap dipanggil dengan panggilan berlawanan

Salam..

Harini nak tulis sket something yang Mr.PiNGu terfikir sebelum tidur malam tadi. Macam menarik untuk ditulis. Actually, ia merupakan kes terpencil dimana sesuatu perkara itu tetap dipanggil menggunakan sifat berlawanannya. Ni sedikit yang saya terfikir.

Misha Omar Bawak Kereta Kancil jur?

Salam..

Hehe.. Malam ni agak rileks sikit dari memberatkan kepala otak. After kelas tadi lepak-lepak dengan kawan sampai pukul 12 malam sambil tengok cerita momok kat TV3. Then barulah balik rumah bukak PC dan mula surfing. Biasalah saya ni takde maknanya nak tidur awal. Biasalah siang dah curi-curi membute malam segar la.

Biar Hilang Pen, Jangan Hilang Iman

Salam..

tadi pagi-pagi buka facebook banyak pula orang post benda ni. dalam emel pejabat pun sama. Mereka kata jangan hilang pen kerana anda bakal menimpa musibah yang dasyat =p. Tak cayer korang bacalah fakta dibawah:

Naruto manga 554 - Naruto the Hero vs Strongest Pass Raikage

Hi everyone!

As usual, Mr.PiNGu as a diehard fan of Naruto Series will never miss a chapter of Naruto Manga. I always looking forwards to the development of each character in Naruto. Now it is pretty interesting to see a lot of new jutsu after Naruto took over control of nine tails power. Rasengan, as his ultimate jutsu seem to be in various version using nine tail power! And if you remember last week, it seem that sasuke already awaken his ultimate eyes technique which is Eternal Mangekayo Sharingan after implanted Itachi's eyes.

Kata Kesat tidak Beradab di Fanpage Gambit Saifullah

Salam..

Perkembangan teknologi teknologi terkini membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain dengan lebih pantas dan mudah. Salah satunya ialah dengan terciptanya laman web sosial seperti facebook. Namun, ada pihak yang tidak faham dan tidak menggunakan akal sebelum menggunakan aplikasi facebook. Banyak contoh kalau saya nak sebut namun pada hari ini saya nak sentuh tentang satu contoh posting yang tidak patut dihantar melalui facebook.

Cara Nak Elakkan Entry Blog di Copy Paste

Salam..

Lama tak tulis tutorial blog. Kali ini Mr.PiNGu nak kongsi satu tips untuk mengelakkan entry blog korang dicopy paste sesuka hati. maklumlah bagi pengusaha blog yang sejati korang akan pastikan entry korang betul-betul asli dan berkualiti namun dengan sewenang-wenangnya orang copy paste dan tak bagi kredit seolah-olah entry tersebut mereka yang punya. sakit jiwa kan?

Hantu Pocong Memang wujud di Kampung Mr.PiNGu

Salam..

Walaupun sekarang tengahari, Mr.PiNGu nak gak cerita pasal benda ni sebab tetibe teringat akan hal ini. Mr.PiNGu xdelah nak tepek gambar hantu pocong ni sebab korang pun dah sedia maklum bentuknya yang macam "sweet" tu. Hehe.. Tambahan lagi, bentuknya yang merupakan mayat bergerak tu memang menyeramkan. Ada juga yang mempersoalkan tentang kewujudannya bagi yang belum pernah melihatnya.

Anuar Zain Sudah Berkahwin Senyap-senyap?

Salam..

Kecoh tiba-tiba apabila dikatakan penyanyi lelaki pujaan ramai, Anuar Zain telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis cantik dalam satu majlis gilang gemilang. Mr.PiNGu selaku peminat Anuar Zain juga terkejut. Lebih-lebih lagi dengan penyebaran gambar "Perkahwinan" mereka berdua di internet. Justeru, Mr.PiNGu pun membuat research sedikit.

Uniknya: Hari Raya + Merdeka dan hari raya berbeza hari?

Salam..

Apa khabar semua? Dah seminggu kita berhari raya. Amacam best tak raya korang tahun ini? Mr.PiNGu agak seronok beraya tahun ini kerana banyak rumah saudara mara and sahabat handai dapat disinggah. Hari Raya tahun ini cukup berbeza berbanding tahun sebelum ini. Mengapa ya? Sebabnya, kita sambut sekali dengan hari ulangtahun kemerdekaan negara kita.