JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

JOM SERTAI: Mengapa Mr.PiNGu perlu beri saya RM 50?


Salam rakan blogger. Actually pada hari ini, iaitu 10 Jun merupakan ulang tahun kelahiran Mr.PiNGu. yang keberapa rahsia. Hehe.. So, Mr.PiNGu dengan rendah hati nak mengajak anda semua untuk join pertandingan yang julung-julung kalinya Mr.Pingu anjurkan di blog Mr.PiNGu yang tak seberapa ini. Pertandingan ini amat mudah, apa yang perlu anda ada ialah jari jemari anda untuk menaip dan juga sebuah blog peribadi! Disini saya akan menerangkan secara lanjut syarat-syarat penyertaan;

Disini saya bukan mahu mencari seorang pemenang sahaja akan tetapi saya mencari DUA ORANG PEMENANG!. Ya! Dua orang pemenang yang akan menerima RM 50 setiap seorang. Jadi, apa tunggu lagi marilah menjadi salah seorang peserta pertandingan ini.

Baiklah, apa yang perlu anda lakukan ialah buka satu entry di blog anda seberapa kreatif yang boleh menggunakan tajuk "Mengapa Mr.PiNGu perlu beri saya RM 50"

Ok. Itu perkara utama yang anda perlu fikirkan untuk menyertai pertandingan ini. kemudian, ada syarat-syarat tambahan yang anda perlu ikuti. Syarat-syaratnya ialah:

SYARAT WAJIB:

1) Sebelum memulakan entry anda, sila letakkan banner dibawah ini di permulaan entry anda, iaitu sebaik sahaja tajuk "Mengapa Mr.PiNGu perlu beri saya RM 50" sila share blog ini di laman twitter dan facebook:

2) Apabila selesai meletakkan share, anda sudah boleh mula mengarang seberapa kreatif yang boleh.
3) Selepas siap mengarang, sila linkkan entry anda di ruangan komen di entry ini supaya saya boleh terus membaca dan menilai penulisan anda. Anda juga perlu menyertakan sekali alamat emel anda kerana jika anda menjadi salah seorang pemenang, saya akan menghantarkan emel kepada anda selain memberikan keputusan pertandingan di Fan Page Komuniti gempakZ, twitter dan juga Blog ini sendiri.
Then, kita lihat pula syarat optional dimana anda tidak diwajibkan untuk melakukannya akan tetapi bergantung kepada minat anda. Jika berminat barulah follow syarat optional ini ya.


SYARAT PILIHAN (OPTIONAL):
1) Anda dijemput untuk follow Blog Komuniti gempakZ by Mr.PiNGu. Kalau suka klik button follow yang anda boleh temui di sidebar kanan bahagian atas sekali. Jika tidak berminat tiada masalah kerana tiada paksaan untuk menyukai sesuatu disini. ^_^


2) Dijemput juga untuk menjadi follower Komuniti gempakZ on Twitter bagi yang ada Twitter dan jika anda tak ada twitter, boleh jadi fan untuk laman Komuniti gempakZ. Kelebihan menyertai dua page ini ialah saya akan memaklumkan update-update terbaru di dua page ini termasuk pemenang pertandingan ini. 


3) Sebenarnya, Komuniti gempakZ telah dimulakan dengan forum sekitar 2008 akan tetapi atas masalah tertentu, forum telah ditutup. Saya sebagai Admin Komuniti gempakZ telah membuka laman web baru pada 1 Ogos 2009 atas cadangan rakan ahli Komuniti gempakZ. 


4) Ok yang last sekali. Saya nak minta jasa baik anda untuk KLIK tiga benda ini iaitu (i) Button like (ii) tweet / retweet (iii) fan page. 


BERAPA LAMA PERTANDINGAN AKAN BERLANGSUNG?

Baiklah. Anda telah dimaklumkan tentang syarat-syarat pertandingan. Maka disini saya akan memaklumkan bahawa pertandingan akan dijalankan selama dua bulan, bermula hari ini (10 Jun 2011) sehingga 11.59 malam (9 Ogos 2011). Kemudian, saya akan melakukan penapisan demi penapisan dari tarikh 10 Ogos 2011 sehingga 31 Ogos 2011. Saya akan memaklumkan pemenang pertandingan ini pada September 2011, iaitu selepas hari raya puasa..

Akhir sekali, saya nak ingatkan anda agar meninggalkan link penulisan anda mengenai pertandingan ini di ruangan komen thread ini. Jangan salahkan saya jika saya tidak menjumpai thread karangan anda disebabkan link tidak diberi.

FAEDAH MENYERTAI PERTANDINGAN INI:

1) Dapat mempereratkan hubungan antara para blogger.

2) Dapat menambahkan pelawat blog anda melalui back link di blog ini.

3) Jika blog anda menarik perhatian Mr.PiNGU, maka Mr.PiNGu yang cerewet (selective) ini akan menjadi salah seorang FOLLOWER anda, dan mungkin juga anda akan mendapat follower daripada peserta-peserta lain yang menyertai pertandingan ini.

4) Lain-lain faedah anda leh fikirkan sendiri.. Hehe..

Sekian sahaja daripada saya, Mr.PiNGu. ^_^

TAGS: ben ashaari, Blog Event, forum gempakz, hari lahir, komuniti gempakz, link sharing, menang wang RM 50, mengarang cerpen, penulisan kreatif, pertandingan blog, pertandingan menulis, redmummy

9 ulasan:

  1. wow.. RM50 tuuuu...
    nyway happy belated besday... hihi
    moga berbahagia selalu.. =)

    BalasPadam
  2. hehe tq Azmie ~~~~

    ^_^

    dijemput join ya~!

    BalasPadam
  3. salam..

    syu dah join..

    http://syu90contest.blogspot.com/2011/07/mengapa-mrpingu-perlu-beri-saya-rm-50.html

    hepi belated besday..

    BalasPadam
  4. lupa lak nak letak emel..

    syuhadasalleh@gmail.com..

    tQ~

    BalasPadam
  5. Ok, dah join
    http://syaisya.com/2011/07/mengapa-mr-pingu-perlu-beri-saya-rm5o.html
    emel: syaisya5[at]gmail.com

    BalasPadam
  6. tq syaisya.. dh update dlm list saya..

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^