Hai kawan-kawan semua.
Saya Mr.PiNGu bukanlah seorang yang fanatik bola sepak. Mr.PiNGu juga tak akan sudi nak meluangkan masa tengah-tengah malam ke pagi demi menonton perlawanan bola sepak sebab Mr.PiNGu merasakan tidur lebih best. Tetapi ini bukanlah bermaksud saya ni anti permainan bola sepak. Saya bersikap neutral dalam permainan ini. Kadang-kadang layan tapi selalunya memang tak layanlah.
Walaupun pengetahuan dalam dunia bola sepak takdelah gah kalau nak dibandingakn dengan korang semua, tapi Mr.PiNGu masih tahu serba sedikit tentang perlawanan bola ini kerana jika kebosanan Mr.PiNGu ada juga teman memember lepak di kedai mamak makan-makan sesambil melayan Bola. Ada beberapa fakta menarik tentang bola sepak tetapi saya nak kupas satu perkara sahaja.
Permainan bola sepak International sememangnya best untuk ditonton bukan sahaja kerana kehebatan pemain-pemainnya ketika beraksi malahan juga kerana ramai antara mereka sudah setaraf selebriti terkenal. Bukan sahaja menjadi pemain bola sepak malahan ada antara mereka menjadi Duta produk berjenama dan popular.
Satu perkara yang best ketika menonton bola sepak adalah babak-babak bola dijaringkan atau lebih mudah disebut GOL! Bukan sahaja penonton di stadium bersorak gembira (dan sebahagianya sedih kerana menyokong pihak yang kalah) malahan penonton di kedai mamak juga memberikan suasana yang cukup meriah! Biasalah lelaki-lelaki ni kalau tengok bola memanglah benda lain dah tak ingat! haha
Ok. Itu bagi peminat. Now Mr.PiNGu nak sentuh tentang aksi pemainnya pula. Babak-babak yang extreme sudah biasa kita lihat. Melompat-lompat kegirangan, berpelukan beramai-ramai, bertindih-tindih atas padang (ini bahaya!) dan kadang-kadang membuat aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada diri mereka sendiri. Banyak dah berlaku kes sebegitu. Namun begitu, perlukah mereka melakukan babak ini??
Erm.. tak tahulah babak ini dilakukan dengan sengaja ataupun kerana excited. tapi nampak cam babak Romantik Seram pun ada.. erk... huhu.. Apa kata anda?
i horny tgk diorg... i sanggup jadi cleaner padang n locker room kalo x layak jadik pemain bola... semata2 utk ciuman kegirangan iteww
BalasPadamkak anonuy: hamboii kemain horny ye kamu.. geget karang!!
BalasPadam