Salam. Tak lama sebelum ni kecoh dengan kes simbah asid melibatkan pembonceng motorsikal berbangsa India keatas wanita-wanita di sekitar bricksfield, Kuala Lumpur. Sekarang Pingu dah tak dengar cerita pasal ni. Apa kesudahan kes ini ye? Adakah penjenayah terlibat telah ditangkap? Maaflah kalau Mr.Pingu tertinggal keretapi. Maklumlah Rumah takde TV. Lepas tu nak baca akbar online pun selalu lupa. Mungkin ada terlepas cerita pasal ini.
Actually, Pingu sangat risau dengan benda ini. Sebab kakak Pingu tinggal di Kuala Lumpur begitu juga dengan bebebrapa orang saudara mara, abang dak adik perempuan. Huhu.. Hopefuly penjenayah terbabit berjaya diberkas dan diberikan hukuman yang setimpal. Pingu sedih bila baca kesah mereka yang mengalaminya. Disimbah asid sehingga buta kedua-dua belah mata. Alangkah kejamnya perlakuan individu yang tidak berperikemanusiaan ini. Huhuu.. Semoga semua orang mengambil tindakan berhati-hati atas kejadian ini agar tidak menimpa diri, keluarga dan sahabat handai.
Sekian sahaja~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^