Terlupa nak ulas berkenaan perkara ini. Sedang sebuk menggunakan carian google terjumpalah topik berkenaan hacker atau penggodam yang sedang cukup panas dewasa ini. Dikatakan, hackers yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous ini berasal daripada luar negara dan mengancam untuk menggodam laman web kerajaan Malaysia atas rasa tidak puashati dengan tindakan kerajaan Malaysia menyekat banyak website daripada luar negara. Kononnya Hackers ini nak jadi pejuang kebebasan menggunakan internet.
BLOG yang telah digodam
Dalam pada membaca artikel ini, saya juga terkejut apabila menemui satu lagi artikel yang membincangkan tentang serangan anonymous terhadap blog! Ya! blogger juga menerima ancaman daripada Anonymous. Ini bukan cakap-cakap kosong tetapi telah terbukti. Saya telah melawat sendiri blog yang telah digodam tersebut. SERAM! seolah-olah berlaku rampasan blog pula. Rajin bebenar Anonymous ini nak melakukan aktiviti menggodam blog.
Paling memeranjatkan Mr.PiNGu ialah satu lagi topik membincangkan tentang list blog yang akan digodam oleh penggodam. Blog-blog tersebut merupakan blog yang pernah mendaftar dengan Komuniti gengblogger. Saya risau sebab saya salah seorang ahli gengblogger dan seperti yang dijangka, blog saya juga telah tersenarai dalam list.
Sebahagian daripada senarai blog yang diancam
Pada asalnya saya telah mengubah alamat blog namun begitu, hal ini telah mengganggu perjalanan blog dimana ada widget blog yang tidak lagi berfungsi kerana pertukaran alamat tersebut. Terpaksalah saya tukar balik ke alamat asal. Namun, saya telah menguatkan password untuk akaun google saya dimana saya telah menggunakan 21 character! tak pernah guna passwords sepanjang ini. Huhu.. namun saya sendiri tidak pasti sama ada password saya ini masih kebal daripada ancaman hacker. Saya juga ada backup blog sebagai langkah berhati-hati.
Sekian sahaja berkenaan hackers..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^