Hi! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu sebelum Mr.PiNGu memulakan bicara, izinkan Mr.PiNGu memohon maaf andainya tulisan Mr.PiNGu kali ini akan memberikan rasa tidak puashati kepada golongan wanita. Hal ini tidak lebih sebagai perkongsian sahaja semoga dijadikan iktibar.
Sebentar tadi, Mr.PiNGu lepak-lepak di tingkat 3 di hadapan sebuah pejabat akademik di Universiti tempat saya bekerja. Sementara menunggu bilik makmal dibuka oleh juruteknik, Mr.Pingu pun bersantai di luar bersama pelajar-pelajar yang lain. Sambil-sambil berborak tu kami memandang-mandang ke arah tempat parking kereta yang berada betul-betul di hadapan bangunan kami lepak ni.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba datang sebuah Honda Civic warna putih mutiara yang punyalah Cun! sambil memandang kereta tersebut yang hendak parking, tiba-tiba kereta tersebut telah melanggar bahu jalan di tempat parking tersebut sampai ternaiklah sebelah tayar kereta. Kami diatas ini pula panik. Tapi mujur tiada apa-apa berlaku. Kalaula kemek kereta tersebut memang sayangla nak keluar duit pergi repair. Tak lama kemudian, keluarlah seorang kakak yang berbadan gempal tersipu-sipu malu sebab menyedari kami beramai-ramai melihat gelagatnya semasa parking kereta tadi.
Nak dijadikan cerita tak lama kemudian kira-kira 5 minit daripada masa kejadian pertama tadi, datang pula sebuah kereta persona yang juga berwarna putih mutiara, dilengkapi dengan body kit yang sangat-sangatlah smart! Kami pun punyalah kusyuk melihat kereta persona tersebut yang hendak parking tiba-tiba, kejadian sama berulang. Kereta persona tersebut juga ternaik sebelah tayarnya kerana melanggar simen batu di bahu jalan, tidak berapa jauh dari kejadian pertama berlaku. Kami tergelak juga ada. Rugi rasanya kerana tidak sempat untuk snap gambar. Kalau tidak boleh dijadikan bahan bukti di Blog ini.
Tak lama kemudian, keluar pula seorang pemandu wanita yang agak sexy dari kereta tersebut. Alahai! Wanita lagi! Nak kata tempat parking tu sempit, saya rasa cukup luas untuk membolehkan sebiji kereta diparking dengan selesa. Bukan muat-muat sahaja.
Dalam pada itu ada beberapa kereta juga datang dan parking disitu. Dan mereka parking dengan cekap dan kemas berbanding 2 kereta yang pertama tadi. Apabila dilihat, kelibat pemandu lelaki yang keluar daripada kereta tersebut. Suka saya nak katakan bahawa pemandu lelaki sebenarnya lebih cekap daripada wanita dalam bab memandu ini. Ini bukan kejadian pertama malahan dah banyak kejadian lain seumpama ini berlaku melibatkan pemandu wanita.
Suka untuk saya ingatkan kepada pemandu wanita yang memandu laju di jalan raya. Ada dikalangan kawan-kawan wanita saya yang beranggapan mereka memandu lebih cekap daripada lelaki kerana mereka mampu memecut dengan laju di jalan raya. Common lah! memecut dengan laju bukan bermaksud atau bukan kayu pengukur kecekapan memandu anda. Pemandu yang cekap adalah pemandu yang mampu mengawal keadaan genting dengan tenang!
Sekian sahaja celoteh Mr.PiNGu untuk petang ini. Semoga dijadikan iktibar untuk kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^