JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Shuib Sepah peluk Dafi AF di Maharaja Lawak

Hi kawan-kawan!

Siang tadi Mr.PiNGu tidur separuh hari. Kemudian pergi makan-makan besar dengan kengkawan dan main bowling after that. Best hehe tapi yelah blog pulak tak update (Walaupun lately memang update banyak topik setiap hari). Ok Kali ini nak wat gosip tak masuk akal sket. Haha Gosip tersebut ialah berhubung babak Romantik antara Shuib dan Dafi. Awwwwww~~~

Macam tengok Dafi peluk Kak Limah pulak =p

kepada rakan-rakan, janganla marah ok. Ni bukan nak gosipkan betul-betul. Gler ke? ahaks. Just suka-suka je. Dari awal lagi dalam Maharaja lawak kita lihat idea tercetus daripada Nabil untuk membuat persembahan yang ada kesinambungan. Idea ini nampaknya telah diikuti oleh kumpulan lain, contohnya Sepah. Kita lihat Sepah mula membuat persembahan yang ada kesinambungan dari segi "Tagline" dan juga watak.

Salah satunya ialah Tagline yang popular dan menjadi sebutan ramai adalah Tagline daripada Shuib iaitu "Dafi". Tak pasal-pasal Dafi yang sedia popular itu menjadi makin popular! Haha.. Mungkin Dafi juga berterima kasih kepada Shuib yang mempromosikan namanya. Hahaaa...

Aku rasalah si Shuib ni memang betul-betul minat Dafi la. Yela Dafikan jambu gler. Mungkin Shuib nak jadi jambu cam Dafi akan tetapi nak wat camne dah ketentuan Tuhan untuk berikan Shuib paras rupa yang biasa je. Namun begitu paras rupa itulah yang membawa rezeki untuk Shuib menjadi pelawak hebat dan juga menambat hati Siti Sarah Raissuddin. Hehehe..

Ok. Berkenaan babak peluk antara Dafi dan Shuib tu. Awwwww.. sweet and Romantik. Hahahaa.. Nampak cam Shuib bersungguh-sungguh peluk Dafi. Maklumlah pujaan hatinya sudi datang. Hahaha... Hope Siti Sarah tak cemburu. kehkehkehh. Mr.PiNGu memang dapat agak semasa babak calling-calling Shuib tu bakal keluar Dafi sebenar. Itu impact yang baik kepada penonton. Memang meriahla persembahan Sepah malam tu. Dia layak juara! Walaupun asalnya saya meramalkan Jozan juara kerana mempunyai ramai pengikut dan juga populariti yang diraih mereka, namun terpaksa akur dengan kehebatan Sepah.

Lepas ni bolehla Sepah jemput Dafi dalam persembahan mereka. Mesti gempakz! haha.. Saya mengharapkan bahawa Sepah dapat conduct rancangan lawak mereka sendiri. Saya pasti mesti ramai tak sabar-sabar nak tonton. Hehe.. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^