JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Sepah terbaik di Maharaja Lawak Akhir (Minggu 13)

Hai!

Actually malam ni Mr.PiNGu tak tidur lagi dek kerana melayan Video-video Maharaja Lawak Final iaitu pada minggu ke-13. Sebenarnya Mr.PiNGu tak tengok semasa siaran langsung kerana tiada televisyen dirumah. Lagipun ada kelas malam huhu.. Tapi takpe Youtube kan ada! Hehe..

Biasalah kalau nak menonton Maharaja Lawak semestinya Mr.PiNGu akan cari dahulu video-video daripada kumpulan Sepah. Al-Maklumlah persembahan Kumpulan Sepah memang paling saya gemari. Sepah consistent setiap minggu. Untuk minggu final ini apa yang Mr.PiNGu boleh katakan ialah "SEPAH TERBAIK!"

Saya sangat-sangat terhibur dengan persembahan Sepah. Percaya atau tidak malam ini sahaja saya telah ulang-ulang menonton persembahan sepah sebanyak 5 kali untuk setiap video! Memang tak jemu-jemu menontonnya!

Apa yang saya suka tentang persembahan Sepah ialah lawaknya yang bersahaja dan santai. Sepah cemerlang untuk kedua-dua persembahan. Untuk persembahan pertama, saya cukup teruja sebaik sahaja Jep Sepah muncul di pertengahan babak! Wakaka! "Ustazah Nur Bahiyah muncul lagi!" Mr.PiNGu sangat-sangat gelihati babak dia bercerita tentang manisnya kurma itu! Saya juga melihat penonton tidak henti-henti bersorak ketika persembahan Sepah berlangsung.

Untuk persembahan kedua, Saya memang sudah agk bahawa Dafi akan muncul di pentas sebaik sahaja babak "Shuib" calling-calling boyfriend baru dia! hahahaa... Siap berpeluk sakan! Puaslah hati Shuib dapat jumpa pujaan hati dia! hahahaaa... Dafi kelihatan sangat comel! (Hope Siti Sarah tak jelous.. hehee)

Ketika persembahan Sepah juga, saya terlihat ada beberapa Selebriti popular datang menonton. Antara mereka ialah Didie Alias dan Rozita Che Wan. Hope mata saya tidak salh melihat. Hehe.. tahniah untuk Sepah kerana menjadi juara! Pakcik Kayo! RM 350,000 bahagi 3! Kayo kayo!

Harapan saya agar Sepah akan memberikan lebih baik dalam industri. Sepah perlu bangkit kembali dan menunjukkan anda The Best!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^