JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Pelakon utama Anu Dalam Botol, Arja Lee balas chatting saya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO

Kali ni nak merapek sikit.. Ala cam biasalah. Kalau tak merapek pada masa-masa yang tak sesuai ni memang tak sah. Haha.. Kali ni Mr.PiNGu nak berbicara tentang seorang pelakon yang sedang meningkat naik. Beliau dikenali sebagai "Arja Lee", yang popular dengan membintangi filem kontrabesi "Anu dalam botol".

Actually kalau dilihat dari segi logicalnya Filem ini tidaklah menceritakan keadaan sebenar secara logik. Mungkin kerana penulis skrip drama ini tidak melalui keadaan sebenar dunia "Homoseksual" ataupun lebih dikenali sebagai "PLU". Sebenarnya, saya serba sedikit tau keadaan sebenar mereka disebabkan ada dikalangan rakan-rakan saya yang seperti itu. Hope one day mereka berubah ke jalan yang lebih diredhai.

Bercerita tentang "Anu dalam Botol", kisah ini menceritakan tentang seorang jejaka yang menjalani kehidupan songsang. Akibat terlalu cintakan pasangannya, seorang lelaki ini (Ruby) sanggup menukar identitinya dengan menukarkan dirinya menjadi seperti wanita dan menyimpan kemaluan yang dibuangnya melalui pembedahan di dalam botol. Namun begitu, pengorbanan pemuda tersebut adalah sia-sia sahaja kerana "kekasihnya" tidak dapat menerimanya sebagai wanita.

Kecewa dengan keadaan itu, sedikit demi sedikit dia berubah menjadi lelaki semula dan akhirnya jatuh hati dengan seorang wanita. akan tetapi, adakah dia boleh bersama wanita tersebut sedangkan dia sudah tiada "Organ kelakian" tersebut.

Dikatakan cerita ini adalah berdasarkan kisah benar. saya percaya tentang kewujudan anu dalam botol itu. Berhubung dengan PLU yang mahu menjalani kehidupan normal seperti lelaki biasa dan mencintai wanita, saya rasa hal tersebut agak sukar berlaku.

Ok cukup tentang sedikit ulasan Filem. Saya bukanlah seorang pengulas yang baik kerana saya jarang menonton Filem. (Ulasan ini saya buat pun berdasarkan ulasan orang lain yang saya baca). Bukan tak mahu menonton tetapi kesibukan saya membataskan saya untuk meluangkan masa menonton wayang dengan kerap. kadang-kadang sahaja. Ok Sekarang saya nak bercerita tentang Pelakon utamanya yang memegang watak 'Ruby" dalam filem tersebut.

Actually, saya pernah add Arja Lee sebagai seorang friend dalam facebook sebelum saya mengenali beliau sebagai pelakon. Dan saya memang jarang ikuti perkembangan filem semasa. Saya pernah chat dengan Arja Lee banyak kali juga dan dia peramah kerana sering membalas chatting-chatting yang dihantar. Pernah sekali saya tertanya-tanya adakah beliau seorang pelakon kerana begitu ramai yang memperkatakan tentangnya. Namun pertanyaan saya mungkin membuatkan beliau sedikit berkecil hati. Agak lama juga dia menyepi dan tak membalas Chatting saya selepas itu. namun begitu akhirnya dia membalas juga. Mungkin dia dah tak merajuk lagi dengan saya.Hehe..

Walaubagaimanapun, tahniah Arja kerana menjadi salah seorang pelakon pelapis yang mempunyai potensi yang besar dalam dunia seni. Dikhabarkan watak Ruby itu juga menjadi rebutan beberapa pelakon terkenal yang lain seperti Iqram Dinzly namun rezeki berpihak kepada Arja setelah uji bakat dijalankan. heehee dh beberapa kali chatting dgn dia.. dia memang tak sombong ~

2 ulasan:

  1. salam...

    arja lee ni junior sy..tp appun dia mmg bbakat sbb dekat usm pun dia dah buktikan yang dia mmg berbakat~ bagi sj watak apa pun insyaalah dia akan dapat buat sebaik mungkin~ dan jangan tak tau arja mmg hebat bab make up org~ pernah dia make up utk teater muzikal hang li po yang dpentaskan di usm dan dalam masa yang sama dia jugak koreografer untuk penari muzikal hang li po~

    BalasPadam
  2. Lisa lis: wow.. dh agak dia ni mesti seorang serba boleh. Tgok kepada personaliti dia pun cukup menarik. Hope dia akan lebih success one day~

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^