JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

KL Gangstar melakar Sejarah perfileman tempatan

Salam..

Baru dapat tahu bahawa KL gangster telah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem pertama tempatan meraih kutipan tertinggi iaitu sebanyak 11 juta sepanjang dua minggu ditayangkan di pawagam! Melalui kutipan sebanyak ini, ia juga telah memecahkan rekod kutipan untuk filem-filem antarabangsa juga! Amazing! Ini menunjukkan Filem tempatan juga akan mendapat sambutan yang baik daripada peminat jika ia dihasilkan dengan kualiti yang tinggi dan menepati citarasa penonton. Berita penuh dibawah:

KUALA LUMPUR – Pengarah filem ‘KL Gangster’, Syamsul Yusof mengumumkan bahawa filem itu melakar sejarah baru dalam industri perfileman tempatan apabila kutipannya melepasi RM11 juta tidak sampai dua minggu tayangannya di serata pawagam seluruh negara.

Kutipan berkenaan berjaya menandingi mana-mana filem buatan tempatan ataupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di pawagam tempatan sebelum ini.

Syamsul berkata, pencapaian itu jelas membuktikan rakyat negara ini dahagakan karya anak-anak Malaysia dan mampu memberi seratus peratus sokongan pada industri perfileman tempatan.

“Hari ini,saat ini, aku sujud syukur pada Ilahi. Aku berdiri dengan penuh rasa rendah diri. KL GANGSTER telah berjaya melakar sejarah kutipan tertinggi filem Malaysia mahupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di serata pawagam seluruh negara,tidak ketinggalan juga di Brunei dan di Singapura,

“Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata. Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam masa yang sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia. TAHNIAH buat kalian semua!,” katanya dalam laman blog beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^