JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Perompak semakin kejam. dah merompak rumah pula dibakar

Aku cukup seram bila memikirkan bahawa manusia masa kini semakin kejam dan jahat. Apabila terbaca artikel baru-baru ini tentang beberapa kes rompakan yang turut memusnahkan keseluruhan rumah mangsa. Bayangkan perasaan anda jika rumah anda hilang sekelip mata. Betapa sedihnya kerana diperlakukan sebegitu. Sudahla barang dirompak rumah pula dibakar sehingga tiada apa yang tinggal. Dimanakah silapnya? Saya rasa ini kerana ramai orang yang sudah rosak akhlaknya. Ibu bapa tidak mendidik anak dengan akhlak yang mulia, jauh sekali menerapkan ilmu-ilmu agama yang mulia. Sudahnya, manusia semakin rakus dan mementingkan hawa nafsunya sahaja. Marilah kita ikuti berita yang disiarkan ini. Semoga dijadikan ikhtibar dan perhatian bagi kita semua.

Bakar rumah selepas rompak
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

ZABRI menujukkan rumahnya yang dibakar perompak di Taman Desa Mewah, semalam.


Penjenayah dikesan bertindak ganas lupus bukti pecah masuk

SEMENYIH: Perompak kini dikesan bertindak kejam kerana bukan saja merompak rumah, malah dipercayai turut membakar kediaman itu untuk melupuskan bahan bukti selepas berjaya mendapatkan barangan.

Kegiatan kejam itu dipercayai didalangi beberapa lelaki warga asing berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) milik seorang mangsa rompak dan bakar itu. Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, empat kes dilaporkan membabitkan modus operasi sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang

Difahamkan, sekumpulan penjenayah itu dikatakan mensasarkan kediaman tiada penghuni dan waktu malam, sebaik penghuni sudah tidur. Malah, kejadian rompak dan bakar itu nyaris meragut nyawa empat beranak termasuk seorang budak lelaki kuramg upaya (OKU) yang nyaris rentung apabila rumahnya dibakar ketika mereka sedang tidur. Menceritakan kejadian itu di Taman Tasik Semenyih, mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata ketika kejadian Ahad lalu, mereka sekeluarga sedang tidur di bilik tingkat atas bersama suami dan dua anak.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, saya tersedar apabila elektrik terpadam dan sebaik membuka bilik tidur, asap tebal dari tingkat bawah. Saya dan suami terpaksa mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU, sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung. Saya pada mulanya fikirkan kebakaran akibat lintas pintas tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya yang ada di tingkat atas, hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar.

"Selepas menghubungi bomba untuk mendapatkan kepastian, saya dimaklumkan ketika mereka sampai untuk memadam kebakaran, pintu belakang sudah terbuka akibat diumpil, selain dawai pagar belakang sudah digunting," katanya yang bersyukur kerana mereka selamat.

Seorang lagi mangsa kejadian sama, Mohd Zabri Yusof, 40, dari Taman Desa Mewah, berkata ketika kejadian yang memusnahkan keseluruhan rumahnya pada Jumaat lalu, beliau sekeluarga berada di kampung.

“Saya mulanya menyangka kebakaran akibat litar pintas, tetapi menyedari dua komputer riba dalam almari bilik hilang dan percaya rumah dipecah masuk sebelum dibakar.

“Sejak tinggal di rumah ini tujuh tahun lalu, ini kejadian kedua berlaku di rumah saya, tetapi kejadian pertama awal bulan lalu, dua lelaki dipercayai warga asing itu tidak berjaya memasukinya selepas menyedari isteri membuka lampu rumah,” katanya.

Mohd Zabri turut menyerahkan salinan pita rakaman CCTV kepada polis sebagai bahan bukti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut dan perkembangan terbaru dilaporkan kepada penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kebakaran itu sejak bulan lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini, satu daripadanya mempunyai kesan pecah masuk iaitu pagar belakang dipotong, namun dua lagi kes tiada bukti mengatakan rumah berkenaan dirompak sebelum dibakar.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu bencana dan api, tetapi sebuah rumah yang ada kesan pecah masuk disiasat mengikut Seksyen 457 dan 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^