Salam..
Kepada peminat Maharaja Lawak, pastinya anda tak ketinggalan menonton untuk minggu ke-12 Rancangan ini. Ada satu persembahan yang mengundang kontrobesi. Pastinya ramai dapat agak tak lain tak bukan persembahan Sepah pada tugasan kedua. Persembahan yang berkisar tentang pengacara "Ustazah Nor Bahiyah" dan "Suaminya". Mereka mengacarakan rancangan yang berkisar tentang "Bapa"
Kalau nak ikutkan ramai sahaja peserta sebelum ini yang meniru watak orang lain contohnya Man yang meniru babak Chef Wan, Nabil yang tiru watak.. erm.. lupa lak. dan ramai lagi lah. Pendek kata meniru watak ni sudah menjadi kebiasaan bagi peserta Maharaja Lawak. Akan tetapi, apabila memilih watak "Ustazah" yang mempunyai identiti keagamaan ditambah pula lawak tersebut kelihatan menyinggung atau mencemarkan watak "Ustazah" tersebut dilihat keterlaluan. Pada pandangan saya, persembahan mereka memang menghiburkan tetapi ialah bila dah pegang watak tersebut memang akan membuahkan rasa tak puashati peminat.
Sebelum ini, Sepah sangat jarang membuat persembahan yang tidak disukai peminat nampaknya inilah kali pertama sepah mendapat "DISLIKE" paling banyak di video mereka di youtube. Harapan saya agar perkara ini akan dijadikan iktibar oleh Sepah dan juga peserta-peserta lain agar menjaga sensitiviti masyarakat kita.
Apa-apapun I LOVE Sepah! U are the best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^