JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

KL Gengstar bukti Rakyat Malaysia tidak mendriskriminasikan filem tempatan

Salam..

Masih lagi mood untuk mengomel tentang Filem KL gengstar yang pecah panggung dengan kutipan sangat luar biasa. Bukan 5-6 juta kutipan yang diperolehi malah telah menjangkau 11 juta menjadikan filem ini paling tinggi mendapat kutipan dalam sejarah penayangan Filem di Malaysia. Cukup membanggakan apabila Filem tempatan mampu menewaskan Filem daripada luar negara yang selama ini menjadi dambaan dan pilihan daripada penonton.

Disini kita dapat melihat bahawa Rakyat Malaysia bukanlah anti filem tempatan malahan mereka bijak untuk memilih filem yang benar-benar memberi kesan dan juga berkualiti tinggi. Saya melihat KL gengstar telah menunjukkan salah satu usaha untuk mempamerkan kebolehan anak tempatan melahirkan Filem aksi berkualiti tinggi.

Dalam mana-mana Filem pasti akan ada cacat celanya kerana manusia itu tidak sempurna. Walaubagaimanpun sebagai penggiat seni, mencuba untuk memberikan yang terbaik kepada peminat adalah satu tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh mereka. Mereka perlu memastikan bahawa wang yang dibelanjakan oleh peminat mereka untuk menonton sesuatu filem itu setimpal dengan tahap kepuasan menonton. Syabas saya ucapkan kepada Filem ini.

Saya memanjatkan rasa terkilan atas isu PEKIDA yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Saya tidak pasti adakah Syamsul Yusof selaku pengarah Filem berniat untuk memburukkan Pekida tetapi beliau telah memohon maaf. Mungkin beliau tidak berniat begitu namun atas rasa ingin menjadikan jalan cerita tersebut nampak asli dan dekat di hati Masyarakat.

Diharap pada masa-masa akan datang Pengarah Filem lebih peka akan hal-hal yang mungkin akan dibangkitkan pada kemudian hari. Namun, usaha untuk memberikan yang terbaik perlu disemai dalam jiwa setiap penggiat Filem tanahair.

Sekian sahaja celoteh tak seberapa ini. Salah dan silap harap dimaafi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^