JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Terpaksa gigih menjual rebung demi membayar denda kehilangan myKad

salam..

Sebenarnya, tak semua rakyat kita hidup senang. Saya rasa semua pun tahu betapa hidup sekarang ini memerlukan segala-galanya wang. Nak hidup perlukan keperluan asas yang perlu dibeli dengan wang. Tak cukup itu, nak kemana-mana memerlukan wang. Salah sikit keluar wang bayar denda atau saman. Nak masuk toilet melepas hajat pun kadang-kadang perlukan wang. Justeru wang memang diperlukan dimana-mana sahaja. Itulah kuasa wang. bagi kita yang bekerja dan ada pendapatan tetap, kita tidak begitu ralat kerana duit abes je tak lama masuklah duit baru semasa tarikh gaji. Senangnya hidup.. Akan tetapi pernahkan anda terfikir tentang nasib manusia yang tidak begitu bernasib baik? Sukar mendapat pelajaran kerana kemiskinan dan akhirnya terpaksa kais pagi makan pagi demi mencari sesuap nasi.

Suka untuk saya mengingatkan anda yang hidup senang lenang agar sentiasa beringat. Jangan boros dan berjimatlah. Jika ada kelebihan pada pendapatan anda, ringan-ringankanlah tangan anda untuk menghulurkan bantuan kepada yang kurang mampu. Rajinlah bersedekah yang bukan sahaja mendapat pahala besar malah dapat memupuk sifat kasih sayang dan belas ihsan. Akan tetapi hari ini saya ingin membawa anda kepada kisah yang dilaporkan dalam akbar hari ini. renung-renungkanlah..

KANGAR: “Saya akan cuba mencari seberapa banyak rebung untuk dijual bagi menebus semula (membayar denda) kad pengenalan atau MyKad yang hilang sejak seminggu lalu,” kata seorang pemuda, Mohd Ridzuan Ahmad, 21, yang terpaksa pulang hampa selepas usaha keduanya mendapatkan pengecualian denda, gagal semalam.

Beliau bekerja mencari rebung, ditemani bapanya, Ahmad Salleh, 52, hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis di Bangunan Persekutuan di sini, memohon mendapatkan Mykad baru, sejak jam 8 pagi.

Dia kini hidup tanpa sebarang dokumen pengenalan diri akibat kehilangan Mykad untuk kali pertama kerana ketiadaan wang membayar denda dan terpaksa menanggung risiko jika ditahan pihak berkuasa.

Katanya, JPN memberi kelonggaran mengurangkan jumlah denda sebanyak RM60 berbanding RM100 yang ditetapkan bagi mengeluarkan Mykad baru tetapi jumlah itu besar dan tidak mampu dijelaskan akibat kemiskinan.

“Denda dikurangkan selepas saya dan bapa mendapat bantuan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis (SUK) dan salah seorang penghulu di situ mengeluarkan surat kepada JPN supaya dikecualikan bayaran denda.

“Bagi kami, RM60 adalah besar dan saya bersama bapa hanya mempunyai wang untuk tambang bas dan minum untuk hadir berurusan kali kedua dengan JPN,” katanya yang menetap di Batu 18, Jalan Kangar-Padang Besar, berhampiran Sungai Chuchoh, dekat sini.

JPN menetapkan peraturan denda RM100 bagi kes kehilangan Mykad kali pertama, manakala bagi kehilangan kali kedua (RM200) dan untuk kali ketiga dan seterusnya, denda dikenakan ialah RM300.

Pengecualian denda kehilangan MyKad akan diberikan kepada sesiapa yang kehilangan dokumen itu akibat dirompak, diragut atau menjadi mangsa kejadian bencana alam dengan mengemukakan laporan polis.

Mohd Ridzuan dan bapanya yang tidak memiliki kenderaan terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer dari stesen bas di sini ke pejabat JPN sebelum pulang hampa kerana gagal mendapatkan pengecualian denda bagi mendapatkan MyKad baru.

“Saya dan bapa sudah membelanjakan RM20 untuk membayar tambang bas dan makan ketika hadir berurusan di JPN. Wang yang tinggal hanya cukup untuk tambang bas pulang ke rumah,” katanya.

Katanya, beliau sebelum ini diminta menjelaskan RM100 sebagai denda untuk menggantikan MyKad yang hilang ketika hadir bersama bapa di pejabat JPN, Jumaat lalu.

“Hari ini (semalam), saya ingat tidak dikenakan denda kerana mempunyai surat sokongan daripada SUK tetapi anggapan saya meleset dan tetap diminta menjelaskan denda walaupun jumlahnya dikurangkan kepada RM60 berbanding RM100 pada Jumaat lalu,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pegawai JPN Perlis ketika ditemui selepas urusan Mohd Ridzuan berkata, pengecualian denda hanya kepada kes tertentu termasuk bencana alam dan yang lain dikenakan denda berdasarkan kekerapan kehilangan dokumen berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^