Salam..
Tadi ada terbaca berita tentang masalah kerosakkan Lif. Memang menyusahkan apabila apartment ataupun bangunan-bangunan tinggi menghadapi masalah kerosakkan lif. takkan la nak naik tangga? kalau setakat 3-4 tingkat boleh tahan lagi akan tetapi kalau dah sepuluh ke dua puluh tingkat korang mampu ke? Tu tak kira kalau warga tua yang duduk di bangunan-bangunan seperti ini.
Sebenarnya masalah kerosakkan lif ini berpunca kepada sikap sebahagian pengguna sendiri yang mementingkan diri sendiri. Ramai yang memunggah barang seberat-beratnya ke dalam lif. Ada yang bawa naik motorsikal dan yang paling melucukan saya dengar ada yang bawak naik lembu guna lif? Nak buat apa bawa lembu naik atas bangunan?? Korang ada idea tentang motif mereka ini??
Justeru untuk mengurangkan masalah kerosakan lif ini, pengguna perlulah sentiasa berfikir untuk kepentingan bersama. Gunakan lif dengan cermat untuk kemudahan hidup bersama. Ingatlah betapa sukarnya hidup tanpa lif di bangunan tinggi. Kalau berlaku emergency contohnya bini nak beranak ke? tak ke haru?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^