Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO
Yes! Naruto manga chapter 544 dah keluar. Aku baca sebaik sahaja ia keluar. Dari tadi duk merefresh mangastream.com! Gigih kan? hahahaa.. So, kali ni nak buat ulasan tentang episod terbaru ni. Lama dah tidak buat ulasan Manga kesayangan saya nih. Hehe... Ok.. seperti prediction daripada spoiler memang menepati ramalan! Minggu ni episodnya best!
Muka 1:
Menunjukkan babak Shikaku (Ayah Shikamaru) berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah Musuh yang telah transform kepada watak-watak baik dan sukar dikesan dengan mata kasar dan juga pengesan chakura kerana mereka sangat mirip.
Muka 2: (IKLAN)
Muka 3:
Babak Bee (Jinchuriki ekor 8) membebel kepada abangnya (Raikage) tentang bagaimana abangnya lost faith dengan kekuatan yang dimilikinya.
Muka 4:
Muka empat menunjukkan babak Bee menerangkan kepada Raikage tentang sumber kekuatan sebenarnya yang boleh diibaratkan seperti suatu sinar matahari. Kemudian dia menerangkan tentang Naruto yang mempunyai sumber kekuatan yang sama tetapi kelebihan naruto ialah dia memiliki dua sumber sinaran tersebut.
Muka 5
Naruto menerangkan bahawa "Ibu" dan "Ayahnya" merupakan sumber kekuatan dia yang kedua! Raikage dan yang lain tertanya-tanya kerana Mereka berdua mati sebaik sahaja Naruto dilahirkan.
Muka 6
Naruto menerangkan bagaimana ayah dan ibunya membantu dia untuk menghadapi dan menguasai kuasa Kyubii.
Muka 7
Naruto menerangkan tentang pesanan Ibunya berkenaan Madara dan bagaimana dirinya diperlukan untuk menghentikannya
Muka 8
Raikagee mempersoalkan status Minato yang dikatakan "Penyelamat Dunia" tetapi telah mati! Naruto membalas bahawa ayahnya mungkin tidak pernah memikirkan dirinya sebagai penyelamat dunia tetapi Jiraiya yang memikirkan perkara tersebut.
Muka 9
naruto menerangkan Ibu Bapanya mati kerana menyelamatkan Konoha tetapi pada masa sama memberikan seluruh kepercayaan kepada anaknya untuk menyelesaikan misi mereka sebagai Penyelamat Dunia.
Muka 10
Tsunade cuba meyakinkan Raikage bahawa naruto adalah kunci untuk menyelamatkan semua orang. Membunuh naruto bukan jalan penyelesaian kerana Madara pasti akan merampas Kyuubi satu hari nanti.
Muka 11
Raikage menyerang Bee dan mengaktifkan sepenuh kuasanya untuk menghadapi Naruto. Tsunade bersedia untuk menghalang Raikage. Naruto cuba memastikan Tsunade tidak melibatkan diri dalam hal ini.
Muka 12
Raikage memberi amaran kepada Naruto untuk bersedia dan dia terus menyerang dengan kekuatan penuhnya.
Muka 13
Naruto berjaya mengelak serangan Raikage pada kepantasan penuh, seperti bapanya "Yellow Flash" Semua tersentak.. Naruto cuba meyakinkan bahawa jika dia gagal, dunia akan kehilangan penyelamat
Muka 14
Raikage sengaja menguji Naruto dengan sepenuh kekuatannya untuk membuktikan Naruto benar-benar layak untuk meneruskan misinya ke medan pertempuran. Raikage mengarahkan Naruto untuk pergi ke Medan pertempuran.
Muka 15
Shikaku menyatakan daripada semua pemerhatiannya, hanya Naruto sahaja boleh menyelesaikan masalah enemy transformation kerana keupayaannya untuk kesan niat jahat dalam hati setiap individu
Muka 16
Menunjukkan bahawa Madara telah mencipta "Pain Baru" daripada kesemua bekas Jinchuriki, seramai 6 orang yang telah dihidupkan semua, dimana kelebihan Jinchuriki berkekuatan sage of the six path ni ialah mereka memiliki Rinnegan dan juga Sharingan! Sangat-sangat berbahaya! Bagaimanakah mahu menghadapi mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^