Salam..
Hai. Selamat pagi apa khabar? Actually malam ni Mr.PiNGu tak berasa ngantuk sangat so gigihla berblog dan berfacebook. Sebenarnya takdelah nak posting topik pun. Just tadi baca-baca tentang teknik berblog. So tertariklah dengan satu benda ni. Saya percaya blogger-blogger otai dah lama guna benda alah ni. Benda yang Mr.PiNGu maksudkan ialah Meta Tag.
Blog Mr.PiNGu memang tidak pernah menggunakan meta tag ni. Actually pernah terdengar gak tentang meta tag ni tapi tak ambil perhatian sangat. Maklumlah masa tu takdelah nak serius sangat berblog ni. Just suka-suka je. Nak update pun jarang. Just lately je jadi serius nak berblog selepas beli hosting dan domain sendiri. Jadi persoalannya disini bagi yang belum tahu atau tidak familiar, "Apakah dia Meta Tag dan apa Fungsinya?"
Baiklah. Jika anda menggunakan carian google tentang sesuatu topik, anda akan dapat melihat bahawa keywords yang anda gunakan akan sepadan atau match dengan perkara-perkara dibawah:
1 - tajuk topik dalam blog
2 - isi-isi penerangan atau description
3 - URL Blog (biasanya automatically generated based on tajuk blog)
Persoalannya, dimanakah keyword???
Justeru, atas alasan inilah meta tag digunakan sebagai tambahn kepada engine carian seperti google untuk mengenali blog anda dengan lebih dekat. Tak kenal maka tak cinta. Bila search engine tak kenal anda maka dia tak hiraukan anda. Akibatnya, blog anda akan diletakkan dibelakang-belakang jika sesuatu carian dilakukan. So, korang cecuberlah fahamkan kepentingan meta tag ni. Tak faham tanya makcik jual karipap kat depan simpang kampung anda tu (heheeheee)
Ok dah faham tentang kepentingan meta tag so bagaimanakah nak meletakkan meta tag ini di blog anda?
Ini adalah kod bagi meta tag tersebut:
<meta name=”description” content=”tulis pengenalan blog anda” /><meta name=”keywords” content=”keyword1,keyword2,keyword 3……” />
Langkah-Langkah terlibat untuk Meletakkan Meta Tag:-
1) Buka dashboard blog anda dan pergi ke bahagian edit html
2) Lepas itu carikan kod ini <title> Tajuk Blog Anda </title>. Jika tak jumpa cari <head></head>.Gunakan search form.Caranya klik Ctrl + F ,kemudian search la ye.
3) Bila dah jumpa paste code meta tag diatas dibawah <title></title> atau diantara <head></head>.Pilih salah satu sahaja okey.Sebenarnya <title></title> itu sudah berada diantara <head></head> that why saya cakap kalau tak jumpa <title></title> boleh cari .
4) Okey siap.
Sebelum nak letak keywords tu, try la dulu kaji keywords tersebut mantap ke tak. Korang boleh guna salah satu daripada tool dibawah:
a) https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
b) http://freekeywords.wordtracker.com/
c) http://www.google.com/sktool/
Penggunaan keyword tool ni sebenarnya membolehkan korang tengok setiap keyword yang berharga tinggi $$$ dan berapa banyak dalam sebulan orang akan cari keyword itu.So korang kena pandai-pandai la cari keyword yang berharga tinggi $$$ dengan cara ini boleh meningkatkan traffik ke blog korang.So, faham tak? hope korang berjaya la bagi yang lom pernah guna meta tag. Mr.PiNGu ni tunjuk terer sedangkan baru je pasang hehe.. tapi apa salahnya berkongsi kan.
sekian sahaja.. selamat mencuba!
keyword,1,2,3 nak masukkan apa?
BalasPadamMiss Normala: itu adalah keword blog anda la.. Apa-apa yang berkaitan dengan blog anda. kalau buat blog pasal makanan leh la letak keyword seperti: Resepi, cara memasak, tips masakan, makana enak etc.. hehe bergantunglah =)
BalasPadam