JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Masalah tidur waktu malam

Salam..

Nampaknya, malam ini sekali lagi Mr.PiNGu tidak dapat tidur. Kerap kali lately susah nak tidur malam. Berguling-guling tetapi mata tak juga mahu lelap. Apakah masalah yang dihadapi oleh Mr.PiNGu ini. Adakah insomnia? akan tetapi pada waktu siang, mudah pula Mr.PiNGu untuk melelapkan mata dengan nyenyaknya. Nak nak pada waktu tengahari. Mungkin jadual tidur Mr.PiNGu telah berubah. Terasa ingin membetulkan semula jadual tidur Mr.PiNGu ini. Al-Maklumlah, Mr.PiNGU bekerja pada waktu siang makanya tak sepatutnya Mr.PiNGU tidur waktu siang. Jika tidak tidur pun mata akan rasa sangat-sangat letih dan mahu lelap.

Ada beberapa tips yang orang kata boleh membantu untuk tidur dengan mudah pada waktu malam. Salah satunya adalah dengan minum susu suam. Akan tetapi itulah nak pergi buat susu pun malas sebenarnya. Mr.PiNGu seorang yang jarang nak minum susu. Beli je tapi macam tak luak-luak pun. Cara lain adalah dengan mandi air suam-suam panas. Tak tahu berkesan ke tak. Tapi nak mandi malam-malam orang kata berisiko nak dapat penyakit berbahaya seperti paru-paru berair.. takut!

So, disebabkan tidak dapat tidur, Mr.PiNGU buatlah apa yang patut malam ini. Update blog, update facebook, basuh baju dan lain-lainnya. Sekarang dah masuk waktu Subuh. Bolehla nak tunaikan solat subuh dalam waktunya. Lately banyak kali terbabas dek kerana susah tidur malam, susah juga bangunya. Huhuhu..

Ok see again semua~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^