JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Lawak Nabil Maharaja Lawak makin tak menjadi

Salam. Aku salah seorang pemerhati Nabil, Sepah, Jambu dan Jozan dalam Maharaja Lawak. Kira 4 peserta inilah yang biasanya aku layan persembahan mereka. Tapi kali ni biarlah aku komen dulu tentang Nabil. Actually, Nabil adalah satu-satunya peserta solo yang paling berbakat dalam rancangan ini. Aku cukup tertarik dengan lawak Nabil untuk beberapa minggu yang pertama. Dia menunjukkan bahawa lawak yang dibuatnya adalah tersendiri dan juga brilliant. Namun begitu lately aku lihat Nabil seolah-olah "down".


Mungkin, Nabil sendiri merasakan tekanan yang amat dasat dalam pertandingan ini. Pada week 8 dimana Komedi adalah berbentuk silence comedy, aku lihat idea Nabil ni still boleh tahan akan tetapi nampak seolah-olah apa yang dia rancang tidak menjadi. Then pada minggu lepas ketika peserta boleh menjemput seorang pelawak jemputan, Kombinasi Nabil dan Sharifah Shahira kurang menyengat. Namun still boleh layan.

But untuk week 10, aku dapat lihat akan tekanan yang dirasai oleh Nabil. Idea lawak tentang penculikan itu not bad. Tetapi aku nampak tekanan yang dia rasai apabila penonton tak berapa nak gelak dengan lawak dia. But aku salute nabil, dia adalah satu-satunya peserta perseorangan yang masih kekal. Actually aku pun tak tahu mengapa ada peserta boleh jd group ada yang berseorangan. Macam tidak adil pun ada. Entahla. Tengok la Kombinasi Zizan dan Johan (Jozan). Sah-sah mereka berdua merupakan peserta hebat. Bila digabungkan memang makin menjadi la.

Walaubagaimanapun Nabil, Pingu harap awak akan sentiasa memberikan yang terbaik dalam persembahan anda selagi anda mampu bertahan sehinga kini. Pingu harap kumpulan R2 terkeluar dulu sebelum Nabil, jika Nabil tak dapat pergi Final. Tapi insting Pingu merasakan Nabil mampu ke Final bersama Jozan dan Sepah. Jambu juga ada pengikutnya tersendiri dan ada harapan cerah ke Final.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^