Salam. Sebenarnya, Pingu tengah hangin ni. Tadi masa memandu kereta Pingu terjumpa ada penunggang motorsikal yang membawa pembonceng menunggang motorsikalnya di tengah-tengah jalan, seperti mahu mengikut garisan putus-putus. Sudah tu bawa perlahan macam kura-kura. Penunggang dan pembonceng tersebut merupakan wanita. Aku memang hangin dengan pemandu wanita ni. Banyak kali dah aku jumpa yang bawak kenderan macam tak pernah ambil kelas memandu. Suka-suka hati mereka je bawa tengah-tengah jalan, memandu slow di laluan kanan dan juga bagi signal yang salah. Dah beberapa kali aku jumpe pemandu wanita yang nak masuk ke simpang kiri tapi hidupkan signal kanan dan sebaliknya! Aku rasa adik aku yang sekolah menengah pun tau guna signal yang betul!
Sorry la kawan-kawan sebab tak berjaya nak snap gambar penunggang motorsikal tu.. tiba-tiba pulak i-phone aku wat hal. Geram betul aku. Huhuhu. Sebagai seorang menunggang motorsikal, anda seharusnya lebih berhati-hati kerana anda lebih berisiko mengalami kemalangan yang teruk. Pandulah di laluan yang lebih selamat. Pekalah dengan keadaan sekitar anda. Macam sebentar tadi, aku terpaksa la membontot penunggang motorsikal tersebut kerana mereka berada di tengah jalan! Geram aku. Bila di horn kadang-kadang lambat respond bagai tak faham teguran orang. Nanti kalau dah kemalangan baru menyesal. Justeru saya nak ingatkan bukan sahaja kepada pemandu wanita malah kesemua jenis pemandu agar lebih peka ketika memandu dan pandulah dengan cermat dan berhemah. Saya percaya anda mampu mengubahnya.
Sekian sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^