Hi kawan-kawan!
Pagi ini nak nak mengomel sikit tentang perkara ini. Korang rasa perkara diatas ini berlaku atau tidak? Semestinya ya! Aku tergerak nak buka kisah ni sebab ada sorang blogger juga menceritakan akan hal ini. Kisahnya yang aku baca ini tentang kisah seorang "Blogger popular" yang telah dengan rela hatinya berbogel depan webcam setelah diminta oleh rakan chattingnya. Blogger tersebut ialah wanita yer!
Saya sangat pelik la mengapa ada sesetengah orang yang tidak boleh berfikir panjang sikit. Tidakkah mereka fikir bahawa aksi mereka itu akan dirakamkan oleh rakan chattingnya itu? sekarang ini bukan susah pun ada handphone canggih, camera digital dan sebagainya yang telah tersedia diatas meja untuk digunakan pada bila-bila masa. Karang kalu video dah tersebar di internet baru nak menyesal tak sudah! Janganlah fikir rakan chatting anda itu jujur walaupun kamu minta untuk tidak memberitahu sesiapa atau merakamnya.
Lagi satu, saya sangat pelik dengan sikap mereka ini. Tidak malukah mereka untuk menunjukkan maruah diri mereka kepada orang lain? walaupun hanya melalui webcam? Saya pun tak tahu. Semoga perkara ini menjadi iktibar dan peringatan buat yang lain. Berfikir dulu sebelum lakukan apa-apa yang akan merugikan diri anda.
Sekian sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^