JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Erra Fazira sudah mahu bertudung?

Salam..

Baru-baru ini ramai yang bercakap-cakap sana sini tentang tindakan Erra Fazira memakai tudung. Alah ini bukanlah kali pertama anda melihat Erra Fazira memakai tudung. Rasanya lama dahulu ketika Erra Fazira membintangi sebuah Filem Arahan Datuk Yusof Haslam, beliau sudah mengenakan tudung dalam Filem tersebut. Erra Fazira kelihatan sangat jelita apabila bertudung. Baru-baru ini Erra Fazira muncul dengan imej bertudung yang menggemparkan ramai pihak. Adakah Erra Fazira sudah mahu bertudung?


Sebenarnya, Erra Fazira bertudung kerana beliau telah menerima tawaran menjadi Duta produk tudung keluaran Desa Murni Batik. Beliau kelihatan bertudung seperti dalam gambar diatas semasa majlis pelancaran produk tersebut di cawangan Kota Bharu. Menurut Erra, beliau menerima tawaran tersebut kerana dia memang berazam memakai tudung pada suatu hari nanti.

Pada pendapat Mr.PiNGu, Erra Fazira bukanlah calon sesuai untuk menjadi Duta produk tudung ini kerana beliau bukan selebriti yang mempamerkan imej bertudung. Lebih baik ambil mereka yang memang sudah mengenakan tudung justeru impactnye lebih baik kepada promosi syarikat.

Walaubagaimanapun, Erra Fazira memang cantik bertudung dan Pingu harapkan dia akan lekas mengenakan tudung. Erra takkan jatuh popularitinya jika bertudung kerana sudah terbukti sekarang artis bertudung juga makin disayangi oleh peminat. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^