Salam..
Sebelum ini banyak kes penderaan amah daripada Indonesia melibatkan majikan cina. jarang saya dengar majikan melayu melakukan penderaan terhadap amah mereka namun kes tersebut masih ada dan terpencil. memang kurang enak dan memalukan apabila rakyat Malaysia sanggup bertindak kejam mendera amah Indonesia. Hal ini sekaligus memberi gambaran buruk kepada masyarakat malaysia khususnya.
Kes penderaan melibatkan amah daripada Indonesia juga mengundang kemarahan rakyat Indonesia dan ada antara mereka mahu melancarkan gerakan mengusir dan mencederakan rakyat Malaysia di Indonesia. kan dah jadi satu pergaduhan dan mengundang ketidak tenteraman antara kedua-dua negara. namun, hari ini kita mendapat berita gembira.
Saya berasa sangat gembira dan bangga kerana masih ada rakyat Malaysia yang baik hati seperti ini. Bukan sahaja melayan amah mereka dengan baik malah membantu beliau mendapatkan pendidikan tinggi! saya tidak pernah dengar amah mendapat diploma di malaysia, ya sebagai amah kemudian mendapat diploma! Saya hampir menitiskan airmata kerana terharu. Bukan sentimental kerana hati saya tersentuh dan gembira. Semoga hal ini dapat memberi sedikit gambaran baik berhubung sikap majikan di Malaysia. Semoga menjadi contoh dan teladan buat yang lainnya.
SARMINI diapit oleh Choo Tang (kanan) dan Phooi Khuan melihat sijil Diploma Pengurusan yang diterimanya pada Konvokesyen ke-10 OUM di Kuala Lumpur semalam.
KL 21 Jun 11: Inilah rasa ukhuwaah yang sepatutnya disemaikan kepada warga Malaysia tanpa mengira batas agama, negara dan kaum. Perasaan bangga dan terharu terpancar pada wajah pasangan majikan ketika pembantu rumah mereka, Sarmini Muhyadi menerima tepukan paling gemuruh ketika menaiki pentas untuk mendapatkan diploma dalam bidang pengurusan pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ke-10 semalam.Tan Choo Tang, 56, dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, telah membiayai sebahagian besar kos pengajian Sarmini, 28, yang bekerja dengan mereka sejak tujuh tahun lepas, selepas pembantu rumah itu menyatakan hasratnya untuk kembali ke Indonesia bagi melanjutkan pengajiannya pada 2007. Choo Tang yang bertugas sebagai pensyarah sebuah kolej swasta, bagaimanapun telah memujuk Sarmini untuk terus bekerja dengannya sebagai pembantu rumah sambil melanjutkan pelajarannya di sini dengan bantuan Choo Tang, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga mencarikan institusi pengajian tinggi yang sesuai.Sarmini dari Kampung Bayunmas, Jawa Tengah walaupun terpaksa menjalani pengajian separuh masa sambil bekerja sebagai pembantu rumah selama empat tahun, telah berjaya memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39. Choo Tang berkata: "Ketika nama Sarmini diumum pada majlis konvoksyen semalam, beliau menerima tepukan paling gemuruh dan ia membuatkan kami sangat bangga dan terharu dengan kejayaannya."Sarmini yang akan pulang ke Indonesia pada 3 Julai ini menyatakan rasa terhutang budi kepada majikannya yang telah membantu dia mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi."Saya sangat berterima kasih tak terhitung nilainya, senang sekali mendapat kesempatan untuk belajar di sini sekali gus bekerja... mungkin saya yang pertama bernasib baik," katanya.Dia yang terharu mengenang kebaikan majikannya itu berkata: "Keluarga majikan turut membantu saya membuat tugasan, terutama untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan universiti serta membantu saya menguasai bahasa Inggeris."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^