Salam..
Pelik tak baca tajuk diatas? Kebiasaannya, ibu bapa mana mahu anak-anak mereka diselamatkan tetapi berbeza kali ini, mereka merayu anak mereka dimatikan! Mengapakah perkara ini berlaku? Mungkin ramai yang marah dengan bapa yang seorang ini akan tetapi beliau ada sebab tersendiri untuk berbuat sedemikian. Mungkin cara dia salah tetapi bagi kita, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Ikuti kisah ini..
PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.
Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar. Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.
Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^