JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Isteri dilarikan dan dirogol bergilir-gilir

Salam..

Terbaca berita harini kes malang yang berlaku semoga dijadikan iktibar.

Berhenti sekejap di kedai serbaneka untuk membeli barang dengan meninggalkan anak-anak atau isteri di dalam kereta. Pernahkah anda fikir tentang keselamatan mereka? lebih-lebih lagi enjin jereta tidak dimatikan dan pintu juga tidak dilock dari dalam.

Berbalik kepada tajuk diatas, anda boleh baca berita penuh yang saya lampirkan dibawah.

Berita penuhnya:

SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia awal 20-an melalui detik hitam lebih lima jam selepas dilarikan bersama kereta milik suaminya oleh sekumpulan tiga lelaki di USJ, di sini, kelmarin.

Lebih malang, wanita terbabit bukan saja dipukul malah difahamkan dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Jalil, di sini.

Kejadian bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila suami mangsa berusia awal 30-an berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan untuk membeli barang sebelum meninggalkan isterinya dan kereta Mitsubishi Triton dalam keadaan enjin dihidupkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arah kenderaan itu sebelum masuk dan melarikan kereta berkenaan manakala dua lagi suspek mengekori menggunakan kenderaan lain.

“Tersentak dengan kejadian itu, suami mangsa yang melihat isteri dan kenderaannya itu dilarikan cuba mengejar namun gagal. Lelaki terbabit segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan dan pihak berkuasa terus melakukan operasi mengesan kumpulan terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^