JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Aznil Haji Nawawi (Pak Nil Radio Era) Selamatkan pemuda daripada membunuh diri

salam. Saya nak bercerita tentang seorang pengacara hebat dan tiada tandingannya. Insan yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan ialah Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagi Pak Nil. Walaupun sudah berusia namun Pak Nil kekal Cute dan jambu. Satu yang saya kagumi tentang insan bernama Aznil Haji Nawawi ni ialah kemuliaan hatinya. Dia sering membantu insan-insan dalam kesusahan sebaik mungkin dan sering juga memberikan nasihat dan motivasi kepada insan dilanda musibah. Saya suka dengan segmen merisik khabar di radio era yang sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak tentang masalah yang dihadapi oleh sebahagian insan di luar sana.

Hari ini, saya tersentuh kerana membaca tentang kisah seorang pendengar era yang tidak tahan diugut dan diganggu oleh along akibat meminjam wang daripada mereka. Saya tidak faham rakyat Malaysia sudah diingatkan dan dilarang meminjam wang daripada along kerana mereka bukan hendak menolong anda malah memberi kesusahan kepada anda.

Berbalik kepada kisah ini, Pendengar radio tersebut dikatakan ingin menamatkan riwayat hidupnya dengan meminum racun tikus. Kita dapat lihat betapa seksanya penderitaan fizikal dan mental pemuda itu. Atas ihsan dan naluri kemanusiaan, Pak Nil telah bergegas membantu pemuda tersebut melunaskan hutangnya dcengan Along tersebut. Mulianya insan bernama Aznil Haji Nawawi ini. Semoga menjadi teladan buat insan lain.

baiklah bacalah berita penuh dibawah:


KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.

Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit. Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu. Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

-metro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^