JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Sepah bergaduh sebelum dan selepas Final Maharaja Lawak?

Salam kawan-kawan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ahli-ahli kumpulan Sepah bergaduh sesama sendiri menjelang Final Maharaja Lawak. Walaupun mereka dilihat sangat serasi, namun perselisihan faham berlaku juga. Tak sangka kan? Hal ini dinyatakan sendiri oleh mereka.

Sebelum Final Maharaja lawak, dikhabarkan bahawa mereka telah kekeringan idea dan sangat tertekan. Mereka juga dikatakan hampir-hampir menarik diri daripada persembahan akhir. Mujurla mereka dapat juga idea menjelang saat-saat akhir. Sungguhpun begitu kita tidak nampak kecacatan persembahan mereka melainkan satu perkara dalam pemerhatian Mr.PiNGu. Apakah perkara tersebut? Jawapannya ialah "Jep tidak hafal lirik!"

 Persembahan Pertama: Jep tengok lirik masa nyanyi "Single" ciptaannya.

Persembahan pertama memang mantap sebab idea yang menarik. Watak "Ustazah Norbahiyah" telah digunakan semula. Memang gamat tatkala Ustazah ni keluar sambil menyebutkan tentang Manisnya Kurma. Aku kat depan PC ni gelak guling-guling apabila menonton. Haha lawak sangat-sangat.

Persembahan kedua juga sangat best! Shuib menunjukkan kesungguhannya dan bakat nyanyian dia juga terserlah. Shuib memang boleh menyanyi uolss! Haha.. Nantikan Single pertama Shuib bersama Siti Sarah bertajuk "Cinta itu Nyawa". Sedap giler lagu tuh bagi yang belum dengar silalah cari di youtube sebab mereka berdua ada nyanyi semasa pelancaran Filem Man Sewel Datang KL. Ok berbalik kepada Jep yang lupa lirik tu. Korang tengok la gambar kat bawah ni. Tiba nak menyanyi tengok lirik. Pingu rasa tang ni je yang menampakkan persembahan mereka cacat sedikit.

Jep lupa lirik lagi apabila berduet dengan Shuib hantu Kak Limah

Walaubagaimanapun, persembahan Sepah adalah paling lucu dan menghiburkan pada malam itu. Mereka layak menjadi juara. Bak kata Shuib "Rezeki anak-anak" Mereka juga ada mentioned yang selepas persembahan sebelum keputusan pemenang diumumkan, Mereka bergaduh lagi berkenaan lupa lirik. Walaupun mereka tak sebut sapa yang lupa lirik tapi kita boleh lihat dengan jelas dalam persembahan mereka. Shuib lancar je walaupun tanpa lirik. Boboy aka mamat Sepah mencuri tulang sebab tiada diolog sangat so tak mungkin dia yang lupa lirik.

Ok sampai disini sahaja celoteh tentang Sepah di Maharaja Lawak Final. Al-Maklumlah topik masih panas kenalah buat banyak-banyak. Hehehe.. ^__^

1 ulasan:

  1. camne pun sepah terbaik malam itu.. dh rezeki mereka merampas tahta dr Jozan ..

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^